Wanita tak sangka cincin dibeli RM48 dahulu kini berharga RM3.75 juta

Pada tahun 1980 dahulu, seorang wanita telah membeli cincin murah berharga 10 euro (RM48) semasa datang ke jualan garage.

Cincin itu jarang ditanggalkan dan sentiasa dipakainya dalam melakukan kerja seharian dan selepas lebih kurang 37 tahun kemudian iaitu pada awal tahun 2017, wanita ini tergerak hati untuk memeriksa nilai cincin tersebut dalam pasaran semasa.

Apatah lagi, dia menyedari bentuk cincin yang dipakainya itu agak unik dan luar biasa dan berkemungkinan bernilai lebih tinggi daripada harga dia membelinya dahulu.

Alangkah terkejutnya wanita ini apabila mengetahui cincin yang dibelinya dengan harga cuma RM48 itu adalah berlian 26 karat sebenar dan dikenali sebagai ‘The Tenner Diamond’.

Cincin itu juga telah disahkan oleh pakar sebagai cincin tulen atau asli dan ia merupakan berlian 26.27 karat. Selain itu cincin itu juga dikatakan telah dibuat pada abad ke-19.

Gembira dan terkejut dengan nilai sebenar cincin yang dimilikinya, wanita ini pun membuat keputusan nekad untuk menjualnya. Cincin itu telah dibawa ke London dan selepas melalui satu proses bidaan yang sengit, cincin itu akhirnya terjual dengan harga 656,750 pound sterling atau lebih kurang RM 3,750,795.

Seorang pakar industri percaya bahawa cincin itu dulunya pernah dimilik oleh keluarga diraja.

VIDEO:

Siapa sangka tuah beli cincin harga RM48, wanita ini akhirnya mendapat wang yang lebih 65,670 kali ganda dari harga dia beli cincin itu pada awalnya.

Baca Juga : Jam digital tracker KKM ‘cap ayam’, tak sampai sehari pakai tercabut sendiri
Pegawai Menteri buka mulut berhubung spekulasi bakal digugurkan
Sembur tahi cicak guna waterjet, Vida minta netizen henti kutuk Rina

Artikel ini disiarkan pada 04/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)