Wanita sempat lahirkan anak ketika nazak dilanggar lori, netizen gelar ‘bayi ajaib’

Wanita sempat lahirkan anak ketika nazak dilanggar lori, netizen gelar ‘bayi ajaib’

Wanita sempat lahirkan anak ketika nazak dilanggar lori, netizen gelar ‘bayi ajaib’. Bayi ajaib berjaya dilahrikan oleh seorng wanita ketika kemalangan dihempap lori.

Seorang bayi dilaporkan telah dilahirkan ketika ibunya dihempap hingga mati oleh sebuah lori dalam kemalangan di Uttar Pradesh pada 20 Julai lalu.

Kelahiran bayi itu telah dianggap sebagai satu keajaiban selepas dia ‘terkeluar’ dari rahim ibunya semasa kemalangan ngeri itu, kata laporan Daily Star.

Walaupun bayi perempuan itu pramatang dan lahir dalam keadaan yang ‘huru-hara’, doktor mengesahkan bahawa bayi itu berada dalam keadaan yang baik dan hanya memerlukan rawatan neonatal.

Mangsa dikatakan sedang menunggang basikal bersama suaminya untuk ke rumah ibu bapanya.

Wanita sempat lahirkan anak ketika nazak dilanggar lori, netizen gelar 'bayi ajaib'

Seorang saksi mendakwa bahawa suaminya cuba untuk mengelak dari sebuah kereta yang menuju ke arah bertentangan dan selepas itu dia hilang kawalan serta bertembung dengan sebuah lori yang dipandu laju.

Polis Narkhi berkata kemalangan maut itu berlaku di kampung Bartara dan melibatkan wanita berusia 26 tahun dari Agra.

Mangsa dihempap oleh lori itu dan dalam masa yang sama melahirkan bayi ‘ajaib’ tersebut.

“Bayi itu tidak berada dalam keadaan bahaya, disebabkan kelahiran pramatang dia kelihatan sedikit kecil.

“Tali pusatnya pula mengalami sedikit masalah sehingga terdapat kecederaan kecil pada pusatnya akibat kemalangan itu. Dia hanya memerlukan rawatan perubatan.

“Saya ada lihat gambar-gambar ketika kemalangan, sebahagian besar badan ibunya telah dihempap, jadi memang satu keajaiban bila bayi itu selamat,” kata Ketua Jabatan Pediatrik di Kolej Perubatan Firozabad, Dr LK Gupta.

BACA:

Nik Amar puas hati rakyat Kelantan lagi bahagia dari Selangor

Netflix bakal tutup syarikat? Berjuta pelanggan lari..

Ganti host Melodi, Nabila Huda iri hati dengan Ain Edruce?

CATEGORIES