Wanita mengaku bakar hidup-hidup bapanya, alasannya amat mengejutkan

SEORANG wanita ditahan selepas dituduh membunuh bapanya sendiri di Sao Paulo, Brazil.

Claudia Campos Veiga, 41, yang ditahan minggu lalu mengaku kepada polis, dia membakar bapanya hidup-hidup sehingga mati sebagai balasan kepada penderaan seksual yang dialaminya.

Veiga didakwa telah membunuh bapanya, Omar, pada bulan Julai tahun ini dan hanya ditahan pada 4 September lalu, menurut laporan portal berita R7.

Wanita mengaku bakar hidup-hidup bapanya, alasannya amat mengejutkan

Veiga didakwa telah membunuh bapanya, Omar, pada bulan Julai tahun ini dan hanya ditahan pada 4 September lalu. – Gambar hiasan

Veiga mendakwa dia telah didera secara seksual oleh bapanya sejak dia remaja lagi.

Sejak lima tahun lalu, Omar, 65, telah ditempatkan di sebuah pusat kebajikan untuk gelandangan.

Pada 9 Julai, Veiga telah membawa bapanya keluar bersiar ke kawasan hutan berdekatan sebelum mengikatnya pada sebuah pokok dan membakar tubuhnya, menurut polis.

Veiga kini ditahan di Penjara Wanita Colatina semasa siasatan terperinci dijalankan.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/wanita-bakar-bapa-hiduphidup-selepas-didera-secara-seksual-320879

BACA JUGA : Panas !!! “Azam Baki patut digantung tugas Ketua Pesuruhjaya SPRM”

COMMENTS

Wordpress (0)