Wanita jatuh depan bank dan meninggal dunia sah positif Covid-19

Oleh MHDAILY

Wanita warga emas yang ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertiarap berhampiran pintu masuk sebuah bank di Lagenda Height, semalam, disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, jangkitan itu diketahui selepas ujian saringan sebelum bedah siasat dilakukan terhadap mayat mangsa, hari ini.

Menurutnya, dalam kejadian jam 8 pagi semalam, wanita berusia 63 tahun itu pada mulanya dilihat kakitangan bank duduk di hadapan pintu masuk dalam keadaan tidak bermaya sebelum jatuh tertiarap dan tidak sedarkan diri.

Baca Artikel Penuh