Wanita ini dedah restoran sushi terkenal sedia menu tidak halal

Wanita ini dedah restoran sushi terkenal sedia menu tidak halal

SEBUAH restoran sushi terkenal di Kuala Lumpur didakwa menyediakan menu berasaskan daging babi kepada pelanggan mereka.

Menurut Emma Azri, dia dan suami serta dua anaknya bercadang untuk menjamu selera di sebuah lagi restoran sushi namun restoran tersebut tidak lagi menerima pelanggan kerana waktu sudah menunjukkan pukul 8.30 malam.

Beberapa restoran yang lain juga memberikan alasan yang sama sebelum mereka ternampak restoran sushi yang didakwa menyediakan menu tidak halal itu masih menerima pelanggan.

Mereka sekeluarga kemudiannya menuju ke restoran sushi tersebut.

Ketika mereka sedang beratur, datang seorang pekerja wanita lalu berbisik kepadanya memberitahu yang restoran mereka ada menyediakan menu daripada daging babi.

“Allahuakbar. Tersentak saya dan suami. Ramainya orang Islam kat dalam kedai tu,” katanya.

Emma berkata, dia bertanya beberapa kali bagi mendapatkan kepastian tetapi pekerja berkenaan bersungguh-sunguh tidak membenarkannya masuk kerana dia berniqab.

“Allahuakbar. Allah selamatkan saya dengan sebab niqab yang saya pakai. Masyaallah.. Cumanya rasa sedih sangat sebab tak tau macam mana nak bertindak masa tu.

“Kesian dekat saudara seislam yang tertipu dengan hidangan kedai itu. Jom kita lebih berhati-hati,” ujarnya.

Sumber:https://cempedakcheese.com/wanita-dakwa-restoran-sushi-terkenal-sedia-menu-tidak-halal/