Wanita ini ajar cara sebenar kemas rumah, -“rumah mahal tapi kotor..”

Wanita ini ajar cara sebenar kemas rumah rumah mahal tapi kotor

Wanita ini ajar cara sebenar kemas rumah, -“rumah mahal tapi kotor..”. Terlalu banyak pesanan yang sering emak berikan kepada anak-anak terutama dalam bab mengemas rumah. Walaupun pada mulanya, anak akan mengomel sambil melakukan tugas yang diberi.

Namun, bila tersedar ada benarnya kata-kata emak, dia yang lebih dahulu makan garam.

Sebagaimana perkongsian dari Puan Anis Syuhada, yang teringat kembali pesanan-pesanan mengemas rumah dari emaknya oleh kerana kerinduan disebabkan tidak dapat pulang ke kampung menjenguk orang tuanya.

Jom baca pesanan berikut, boleh juga dipraktikkan bagi anda yang belum pernah lakukan beberapa tugasan di rumah seperti di bawah.

8 PESANAN MAK…

Wanita ini ajar cara sebenar kemas rumah rumah mahal tapi kotor

Menjadi rutin Anis dari kecil lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah Anis wajib buat.

Rutin setiap pagi ialah sapu sampah luar dan dalam rumah, kemas tempat tidur dan pastikan setiap bilik kemas, sidai kain dan siram pokok bunga mak.

Sampai ke tua juga lah menjadi rutin Anis sehingga hari ini.

MAK SELALU PESAN:
1. Sapu je sampah walaupun tak nampak kotor. Nanti dalam penyodok kita akan nampak ada ke tak ada sampah.

2. Sambil menyapu tu kaih-kaih sama sawang jangan menyapu macam orang tak ada mata dan tak ada tulang (menusuk ke sanubari pesan yang ini).

3. Lapik kaki luar ke dalam ke, basuh. Jangan tunggu keras melekat dekat lantai naaa. Ye la, nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.

4. Kabinet kasut susun, jangan lah selipar tinggai sebelah pun kau simpan. Nak pakai pergi mana? Hahaha. Putus pun simpan, sayang kena bertempat. Tapak kasut ketuk dulu jangan berselut pon rajin nak susun.

5. Tong sampah cuci ya. Ada depan rumah kau tak cuci mengaum bau hahaha. Selalu kalau detergent dah habis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datang kutip sampah.

6. Tiap kali lepas masak, cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nak kemas balik “toksah masak”.

Mak saya ini dia sangat utamakan kebersihan sebab tak boleh cakap apa lah kalau dia masak, licin dapur dia kemas.

Kalau korang cakap “kejap lagi buat la” maka, korang akan murung dengar dia bebel. Lagi-lagi bila dia cakap, ”tak apa biar mak buat, korang semua rehat tengok tv.” Elok-elok je dia cakap tapi korang akan rasa berdosa seumur hidup hahaha.

7. Sudah masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab berminyak. Tak ada dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintenance.

Warna apa pun dapur kena rajin, putih melepak ke hitam melegam ke kelabu asap ke kuning merengau ke kena bersih.

8. Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ye la, sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah, rambut bergumpal dekat hujung penyodok tebal 5 inci, habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu.

Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan biar letak dekat lantai, lepas itu nak sapu habis bulu penyapu melentik bengkok.

“RUMAH PALING PENTING BERSIH, BARANG LAMA TAK APA…” – MAK CAKAP
Tapi kan betul la apa yang mak pesan itu, beri impak besar walaupun kadang kita rasa, “Alahhhh itu pun nak bagitahu ke?”

Mak selalu cakap, rumah kita paling penting bersih. Barang lama pun tak apa. Kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab tu la bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.

BACA:

Pesanan ‘manja’ belakang kereta ini buat pemandu hilang fokus ketawa

Padah beli produk ‘made in China’, Kim Jong Un bunuh pegawai Korea Utara

Budak ‘taksub’ dengan ikan mentah, siap buat jadi bantal

CATEGORIES