Wanita hamil dilapor keguguran kerana dilarang jumpa doktor di kawasan PKPD

Oleh MHDAILY

Wanita hamil dilapor keguguran kerana dilarang jumpa doktor di kawasan PKPD. Polis melancarkan siasatan terhadap kejadian seorang wanita hamil mengalami keguguran janin kandungan selepas dia tidak dibenarkan meninggalkan kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan daripada doktornya.

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata mereka menerima laporan polis daripada suami wanita itu, yang tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis yang melarang isterinya meninggalkan kawasan berkenaan untuk pergi ke klinik pada 6 Julai.

“Hasil semakan mendapati pada 6 Julai 2021, lelaki tersebut telah memohon kebenaran untuk keluar dari kawasan PKPD bagi tujuan rawatan isterinya yang sedang hamil.

Baca Artikel Penuh