Wanita ditemui mati dengan kesan tikaman pada leher

Wanita ditemui mati dengan kesan tikaman pada leher

Mayat seorang wanita ditemukan dengan kesan tikaman pada leher sebelah kiri di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Jalan Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas, Klang hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Shamsul Amar Ramli, berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat wanita warga Indonesia itu daripada seorang wanita tempatan kira-kira 2.05 petang.

Beliau berkata mayat ditemui dalam keadaan hanya memakai baju kemeja T, dan wanita itu dipercayai berumur dalam lingkungan awal 20-an.

“Mayat ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik di tingkat satu rumah kedai berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Shamsul berkata mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan polis sedang giat berusaha mengesan suspek.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/23/mayat-wanita-ditemukan-dengan-kesan-tikaman-pada-leher/