Wanita didenda RM4,000 kerana mengaku salah melacur di hotel di Kuala Pilah

Oleh MHDAILY

Wanita didenda RM4,000 kerana mengaku salah melacur di hotel di Kuala Pilah. Seorang wanita didenda RM4,000 di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di daerah ini, 1 Ogos lalu.

Tertuduh, Junaidah Michael Reni Martin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Saiful Sayoti.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Sarawak itu mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah hotel di Pusat Komersial Melang, dekat sini, jam 11.50 pagi, 1 Ogos lalu.

Baca Artikel Penuh