Wanita ‘alergi’ lelaki Melayu, bersumpah tak mahu kahwin jejaka tempatan. nak kejar cinta Pak Arab

Oleh FAHMI ABBAS

Berkenaan mencari jodoh, golongan wanita seringkali lebih berhati-hati dengan menetapkan senarai panjang kriteria bakal pasangan.

Walaupun ada yang mengutamakan sifat dalaman seperti hati yang baik, jujur, dan ikhlas,

seorang wanita baru-baru ini mencuri perhatian apabila secara terang-terangan menolak untuk berkahwin dengan lelaki Melayu.

Dalam perkongsiannya di media sosial, wanita tersebut meluahkan rasa tidak selesa dengan lelaki Melayu,

terutamanya dari Malaysia, kerana pengalaman rakan-rakan yang gagal dalam perkahwinan dengan mereka.

Wanita ‘alergi’ lelaki Melayu, bersumpah tak mahu kahwin jejaka tempatan. nak kejar cinta Pak Arab

“Kawan perempuan ada bertanya kenapa saya tak nak kahwin dengan lelaki Melayu?

Saya memang takkan kahwin dengan mana-mana lelaki Melayu terutamanya orang Malaysia. Sumpah saya memang tak boleh,” katanya tegas.

Tambahnya, beliau ‘alergi’ terhadap lelaki Melayu kerana menyaksikan rakan-rakannya menderita dalam perkahwinan dengan lelaki tempatan sebelum akhirnya bahagia bersama pasangan daripada budaya lain.

“Dalam kalangan rakan-rakan saya, beberapa orang berkahwin dengan lelaki Melayu dan akhirnya bercerai. Tetapi, perkahwinan kedua mereka dengan lelaki Arab membawa kebahagiaan,” jelasnya.

Wanita itu juga menyebut sikap sebahagian keluarga mentua yang sering mencampuri urusan rumah tangga sebagai salah satu sebab utama dia enggan memilih lelaki Melayu.

“Dalam komuniti Melayu, hal kecil pun keluarga suka masuk campur, berbeza kalau ada isu besar seperti keganasan rumah tangga,” ujarnya lagi.

Perkongsian ini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial. Ramai netizen, khususnya lelaki Melayu, tidak bersetuju dengan pandangan tersebut, menegaskan bahawa tidak semua lelaki Melayu bersikap sedemikian.

“Kami memohon maaf jika ada lelaki Melayu yang membuat anda dan rakan-rakan kecewa, tetapi untuk menyalahkan semua, itu tidak adil. Semua bangsa ada kelemahan masing-masing, yang membezakan hanyalah budaya,” tulis seorang pengguna.

Selain itu, ada yang berpendapat isu seperti ini tidak perlu dihebahkan kerana ia boleh mencetuskan sentimen negatif.

“Cari saja pasangan daripada mana-mana bangsa yang anda suka, tetapi tidak perlu merendahkan bangsa lain. Setiap orang berhak memilih, tetapi biarlah dengan bijaksana,” nasihat seorang netizen.

BACA: Pempengaruh cari pasal dengan Shuib siap suruh tukar isteri, ini respon Shuib