Kehadiran bari-bari di kawasan dapur sememangnya menjengkelkan.
Serangga kecil ini, yang juga dikenali sebagai lalat cuka (vinegar fly), sering muncul dengan banyaknya terutamanya ketika musim buah-buahan atau cuaca lembap.
Serangga ini gemar menghurung buah-buahan atau tumbuhan, lebih-lebih lagi jika tidak disimpan dengan betul.
Kadangkala, mereka turut berjaya masuk ke dalam peti ais, menjejaskan kebersihan makanan dan suasana dapur.
Walaupun bari-bari tidak berbahaya, kehadirannya boleh mengganggu dan membuatkan suri rumah hilang mood untuk memasak.
Namun, jangan bimbang! Ada cara mudah dan selamat untuk menghalau serangga ini tanpa menggunakan bahan kimia.
Cara Buat Racun Penghalau Bari-Bari DIY
Seorang pengguna TikTok, @daisijiejie73, telah berkongsi cara mudah membuat racun penghalau serangga yang selamat dan menjimatkan.
Bahan-Bahan:
Bekas kosong
Gula
Cuka
Sabun cuci pinggan
Cara-Cara:
Masukkan satu sudu gula ke dalam bekas kosong.
Tambahkan dua sudu cuka untuk menghasilkan bau seperti buah yang sudah lama.
Masukkan sedikit sabun cuci pinggan.
Letakkan bekas ini di atas kaunter dapur atau meja makan.
Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat menghalau bari-bari dengan mudah tetapi juga melindungi makanan daripada terdedah kepada bahan kimia berbahaya.
Selamat mencuba!
BACA: “Orang luar tak perlu sibuk”… Awie ulas kenyataan mahu Wings kembali bersatu