Wang tunai berjumlah RM27,000 ditemukan bertaburan di atas jalan raya

Wang tunai berjumlah 94 juta rupiah (RM27,077) ditemukan bertaburan di atas jalan raya di wilayah Baturiti, Tabanan di Bali.

Lapor Tribunnews, seorang penduduk dari daerah Buleleng di Bali, Kadek Redi Areni mendakwa tercicir wang tunai tersebut,

Mereka yang ketika itu sedang menunggang motosikal bersama anaknya di jalan raya berkenaan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Wang tunai berjumlah RM27,000 ditemukan bertaburan di atas jalan raya

Kadek kemudian membuat laporan polis mengenai kehilangan wang tunai berkenaan.

Jelas laporan itu, pada mulanya, wang itu diletakkan di dalam sebuah beg tangan hitam yang dibawa oleh anak Kadek.

Daripada jumlah 94 juta rupiah (RM27,077), sebanyak 63 juta rupiah (RM18,147) adalah wang yang perlu didepositkan kepada syarikatnya sementara selebihnya merupakan wang peribadi Kadek.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan Kompas.com, kejadian itu berlaku pada pagi Sabtu lalu ketika Kadek berada di kawasan Baturiti, Tabanan.

Ketua Polis Baturiti, Fachmi Hamdani memberitahu ketika kejadian, Kadek dan anaknya dalam perjalanan menuju ke Denpasar dengan menunggang motosikal.

β€œBeg hitam yang berisi wang itu dibawa oleh anaknya, namun ketika dia berhenti di kawasan Bedugul, anaknya mengeluarkan sebuah topi dari beg tersebut dan lupa zip semula.

β€œSelepas sampai ke kawasan Abianluang, Baturiti, sebuah lori memintas laluan mereka dan menanya Kadek sama ada wangnya tercicir dan bertaburan di jalan raya,” katanya.

Tambah beliau, Kadek kemudian memeriksa beg dibawa anaknya dan mendapati wangnya sudah tiada.

β€œMalah, apabila Kadek patah balik ke kawasan itu, tiada wang yang bertaburan di jalan raya,” katanya.

Selepas kejadian itu, satu rakaman video yang memaparkan orang ramai berebut-rebut mengutip wang tunai bertaburan di jalan raya menjadi tular di laman media sosial.

BACa: