Wang tak cukup biaya pakej rangsangan ekonomi, perlu naik had statuori hutang – Zafrul

Oleh MHDAILY

Wang tak cukup biaya pakej rangsangan ekonomi, perlu naik had statuori hutang . Kementerian Kewangan (MoF) mengunjurkan peruntukan di bawah Kumpulan Wang COVID-19 (KWC-19) sebanyak RM65 bilion tidak mencukupi untuk membiayai empat Pakej Rangsangan Ekonomi yang memerlukan tambahan peruntukan sejumlah RM27 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, setakat hujung September, sejumlah RM60 bilion telah dibelanjakan dengan baki siling adalah berjumlah RM5 bilion sahaja.

Justeru, mengambil kira keperluan tambahan tersebut serta prestasi ekonomi dan had statutori hutang bagi tahun ini dan 2022, Tengku Zafrul berkata, adalah wajar Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2021 (Akta 830) dipinda untuk menampung peningkatan had siling KWC-19 kepada RM110 bilion ringgit.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Jelas beliau, pindaan tersebut juga akan memastikan sokongan berterusan khususnya supaya golongan B40 dan Keluarga Malaysia yang terkesan mendapat bantuan bagi meringankan beban mereka.

Wang

Ia juga bertujuan untuk mengukuhkan sistem kesihatan awam terutamanya bagi membendung penularan wabak COVID-19 serta merawat pesakit COVID-19, dan menyokong kelangsungan perniagaan, terutamanya bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta PKS mikro, ujarnya.

“Seperti yang saya nyatakan, ini melibatkan pindaan Akta 830 supaya had statutori hutang ditingkatkan kepada 65 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 60 peratus sebelum ini, untuk membiayai perbelanjaan tambahan KWC-19 sejumlah RM45 bilion serta pelaksanaan projek pembangunan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“Namun, dalam jangka masa sederhana, k]erajaan masih komited terhadap langkah konsolidasi fiskal yang digariskan di bawah RMK-12, dengan defisit disasarkan berkurang kepada 3.5 peratus berbanding KDNK menjelang 2025,” katanya ketika membentangkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang (RUU) Akta 830 di Dewan Rakyat pada Isnin.

Membentangkan lagi, Tengku Zafrul berkata, daripada RM45 bilion permohonan peruntukan tambahan, sebanyak RM12.7 bilion bagi menampung peruntukan tambahan Program Subsidi Upah (PSU) daripada RM18.3 bilion kepada RM31 bilion melalui pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA); PEMERKASA Tambahan dan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH)
Selain itu, sebanyak RM15.8 bilion bagi menampung peruntukan tambahan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada RM25.2 bilion kepada RM41 bilion, mengambilkira kelulusan rayuan serta peningkatan pemberian di bawah PEMERKASA dan PEMERKASA Tambahan.

“Ketiga, sebanyak RM2 bilion untuk meningkatkan peruntukan Projek Berskala Kecil bagi kontraktor-kontraktor kecil kelas G1 hingga G4 daripada RM4 bilion kepada RM6 bilion selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi, sekali gus menjana ekonomi negara.

“Keempat, RM3.6 bilion bagi penambahan peruntukan Geran PRIHATIN PKS daripada RM2.4 bilion kepada RM6 bilion, mengambil kira perluasan inisiatif ini pada 2021 melalui pakej PERMAI, PEMERKASA dan PEMERKASA Tambahan,” ujar beliau.

Tengku Zafrul berkata, sebanyak RM1 bilion bagi peningkatan had amaun bagi Pinjaman Mikro Kredit di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan TEKUN Nasional, serta pindaan nama kepada pinjaman mikro kredit berjumlah RM2 bilion ringgit.

Dalam masa yang sama, sebanyak RM4 bilion untuk meningkatkan peruntukan bagi Kementerian Kesihatan (KKM) bagi Perbelanjaan Berkaitan COVID-19 daripada RM5 bilion kepada RM9 bilion.
“Ini akan memastikan inisiatif yang diumumkan di bawah PEMERKASA Tambahan berkaitan dengan pengukuhan sistem kesihatan awam terutamanya bagi membendung penularan wabak COVID-19 serta merawat pesakit COVID-19 dapat diteruskan.

“Ketujuh, sebanyak RM5.9 bilion bagi meningkatkan Sokongan Bantuan Sosial untuk Golongan Mudah Terjejas daripada RM110 juta kepada RM6.01 bilion,” tambah beliau lagi.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mof-unjur-peruntukan-kwc19-tidak-cukup-wajar-had-statutori-hutang-ditingkatkan-324728

BACA: Panas !!! Erra Fazira jadi isteri kedua pemimpin Bersatu?