Wang RM5.7 Juta tiba-tiba ‘mendarat’ dalam bank Pegawai Polis

Wang RM57 Juta tiba tiba mendarat dalam bank Pegawai Polis

Wang RM5.7 Juta tiba-tiba ‘mendarat’ dalam bank Pegawai Polis. Tidak menyedari sejumlah RM5.7 juta masuk akaun namun tindakan pantas bank segera membekukan akaun serta kad ATM milik seorang pegawai polis.

Awalnya pegawai polis berkenaan terkejut kerana menjadi jutawan sekelip mata selepas sejumlah duit itu dipindahkan ke akaunnya daripada sumber yang tidak diketahui.

Namun selepas diketahui pihak atasan pegawai berkenaan telah disiasat, lapor akhbar The Express Tribune.

Penyiasat dari balai polis Bahadurabad di Karachi telah dihantar untuk menyiasat perkara itu terkejut dan hairan melihat bagaimana akaun bank milik polis tersebut mempunyai wang sebanyak $1.2 juta (RM5.7 juta).

Ketika ditanya oleh media tempatan mengenai perkara tersebut, polis itu berkata bahawa dia turut terkejut dan tidak gembira dengan kehadiran wang berkenaan.

Wang RM57 Juta tiba tiba'mendarat' dalam bank Pegawai Polis

“Saya terkejut, apatah lagi melihat wang yang begitu banyak, sebelum ini saya tidak pernah mempunyai lebih daripada beberapa ribu rupee dalam akaun saya,” katanya.

Menurut pegawai polis berkenaan, beliau dihubungi oleh pihak bank dan mereka memaklumkan bahawa 100 juta rupee ($1.2 juta) telah dipindahkan ke dalam akaunnya.

Wion News melaporkan, hasil siasatan mendapati bahawa kejadian seperti itu telah berlaku di dua tempat yang berlainan iaitu di bandar Larkana dan Sukkur.

Di Larkana, tiga orang anggota polis dilaporkan menerima sebanyak $600,000 (RM2,848,800) dalam akaun mereka, manakala di Sukkur pula seorang anggota polis menerima jumlah yang sama didepositkan ke dalam akaunnya.

Hasil daripada siasatan itu dipercayai bahawa ketiga-tiga kes berkenaan mungkin mempunyai kaitan.

Walau bagaimanapun, ketiga-tiga polis di Larkana telah menafikan mempunyai sebarang pengetahuan mengenai wang tersebut atau sumbernya.

BACA:

Ratu Farah keluar lagu baru, netizen kecam industri muzik dah tenat – “lirik pun tak faham”

Intan Najuwa belanja menari dalam rumah buat mata netizen perasan sesuatu

‘Ingat artis ni najis binatang ke?’ – Hattan mengamuk lepas ustazah kata salam artis rosak roh

CATEGORIES