Wan Fayhsal kempunan Pas tak beri laluan padanya bertanding di Bagan Serai

Oleh MHDAILY

Wan Fayhsal kempunan Pas tak beri laluan padanya bertanding di Bagan Serai. Pas Kawasan Bagan Serai tidak akan memberikan laluan kepada Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Yang Dipertuanya, Abdul Aziz Abdul Majid berkata, tindakan Timbalan Menteri Perpaduan Negara itu mengumumkan secara terbuka untuk bertanding di kerusi Parlimen Bagan Serai disifatkan tidak wajar.

Menurutnya, kehadiran Wan Ahmad Fayhsal di kawasan Bagan Serai tidak mendapat mandat sama ada daripada Perikatan Nasional (PN) negeri mahupun pusat.

Baca Artikel Penuh