Walaupun ramai menunggu, namun MKN maklum tiada Perutusan Khas PM hari ini

Oleh MHDAILY

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan tiada pengumuman khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan Covid-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.

“Tiada siaran langsung YAB Perdana Menteri berkaitan Covid-19/PKP akan diadakan pada hari ini.

“Hentikan penyebaran berita tidak benar. Tidak pasti, jangan kongsi,” kata MKN menerusi Facebook rasmi, hari ini.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

Tular satu poster Muhyiddin akan mengadakan perutusan khas mengenai Covid-19 jam 9 malam di media sosial.

GAMBAR dimuat naik di Facebook MKN menafikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas berkaitan Covid-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan, hari ini.

Pelbagai dakwaan disebarkan di media sosial kononnya Perdana Menteri akan mengadakan pengumuman khas mengenai PKP menyeluruh seluruh negara selepas peningkatan mendadak kes Covid-19.

Ia susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan yang memaklumkan keputusan sama ada kerajaan akan melaksanakan PKP menyeluruh seperti Mac 2020 akan diputuskan hari ini.

Cadangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat membabitkan Muhyiddin, MKN serta semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Berita penuh :https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/708442/tiada-pengumuman-khas-pm-hari-ini-mkn