Walaupun jadi punca banjir, Rauf terus pertahan projek tambakan laut di Melaka

Pengerusi badan perhubungan Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh terus mempertahankan projek penambakan laut di perairan Melaka walaupun ia menjadi punca utama masalah banjir di Melaka.

Menurut laporan Malaysiakini, Ab Rauf menegaskan nelayan masih boleh menjalankan aktiviti perikanan seperti biasa kerana kawasan laut luas dan tidak hanya terhad di kawasan projek-projek penambakan.

Walaupun jadi punca banjir, Rauf terus pertahan projek tambakan laut di Melaka

Ab Rauf Yusoh

Beliau turut menyatakan penambakan laut di negeri bersejarah itu merupakan perancangan kerajaan negeri, yang bertujuan untuk menarik para pelabur di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dimajukan.

Rauf ketika ditemubual oleh Malaysiakini berkata, “Jadi, dengan adanya tambah nilai penambakan laut ini, banyak pelabur yang datang untuk melabur dalam industri perhotelan, dalam bentuk perindustrian dan ia telah memberikan pulangan yang baik kepada kerajaan negeri.

“Tetapi nelayan boleh lagi meneruskan kehidupan sebagai nelayan kerana laut tu luas, bukan sahaja di dalam kawasan ditambak ini.

“Walaupun ada kesan, tetapi kerajaan negeri akan memberikan perlindungan untuk mereka ini supaya pembangunan itu boleh dimajukan dan pendapatan mereka tidak terjejas.”

Sebelum ini, nelayan di kawasan projek penambakan melaporkan rungutan bahawa akibat dari projek tersebut, ia telah memusnahkan ekosistem dan persekitaran, mengusir hidupan marin pantai dan menjejaskan kehidupan mereka.

Susulan itu, calon DUN BN Tanjung Bidara mengulas mengenai isu nelayan yang terjejas dengan projek tambakan, di mana rata-rata daripada mereka lebih bimbang dengan nasib mereka sebagai nelayan di negeri itu berbanding parti politik yang bakal mengambil alih kerajaan baru tidak lama lagi.

“Saya nak menjawab soalan ni supaya kita lebih terbuka. Isu tambak laut ini bukan zaman kita (BN) yang tempoh 19 bulan ni, tambak laut ni dah berlaku sejak 20 tahun terdahulu oleh perancangan yang dibuat oleh kerajaan negeri bagi menjadikan kawasan koridor tambakan ini sebahagian daripada sumber ekonomi negeri untuk tarik pelabur di kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dimajukan,” katanya.

BACA JUGA : Terkini !!! PN sudah ada calon Ketua Menteri – Azmin
Gempar !!! Raja Thailand larikan diri ke Jerman, bawa 30 anjing Diraja

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Walaupun jadi punca banjir, Rauf terus pertahan projek tambakan laut di Melaka […]