Walaupun dah meninggal , wanita ini tetap dihukum gantung sampai mati

Jalani hukuman gantung walaupun sudah tidak bernyawa.

Itu berlaku kepada seorang wanita Iran yang meninggal dunia akibat serangan jantung dan masih perlu ‘menjalani’ hukuman mati di Jel Rajai Shahr.

Arab News melaporkan peguam, Omid Moradi berkata, anak guamnya, Zahra Ismaili sebelum ini dihukum mati kerana membunuh suaminya, Alireza Zamani.

Pada hari pelaksanaan hukuman itu, Zahra sedang menanti gilirannya untuk menjalani hukuman gantung bersama 16 pesalah lelaki lain.

Bagaimanapun, sebelum gilirannya, dia diserang sakit jantung ketika melihat pesalah lain menjalani hukuman berkenaan dan meninggal dunia.

Namun, Omid bagaimanapun mendakwa, hukuman gantung itu terhadap wanita itu tetap diteruskan bagi memberi ‘keadilan’ kepada keluarga suaminya.

Beliau mendakwa, ia bagi peluang kepada ibu Alireza untuk menendang kerusi yang menjadi tempat pijak kaki pesalah yang menjalani hukuman gantung.

Omid kemudian memuat naik hantaran di internet bagi menceritakan insiden berkenaan.

Susulan itu, kejadian berkenaan dikecam oleh banyak pihak termasuk kumpulan hak asasi manusia.

Dalam pada itu, ahli akademik Australia, Kylie Moore-Gilbert yang dibebaskan dari penjara di Iran, baru-baru ini, berkongsi mengenai pelaksanaan hukuman itu yang disifatkan amat kejam.

Bagi seorang penganalisis, Kasra Aarabi dari Institut Tony Blair berkata, insiden itu tidak wajar dan menggesa pemimpin dunia supaya campur tangan.

Wakil Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Iran, Javaid Rehman berkata, 233 orang sudah menjalani pelaksanaan hukuman berkenaan di negara itu tahun lalu.

Beliau mendakwa, ia termasuk tiga banduan yang juga kanak-kanak.

Menurut laporan Independent UK, hukuman mati di Iran boleh dilaksanakan kepada kanak-kanak yang ‘sudah matang’.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/02/678323/wanita-meninggal-dihukum-gantung-sampai-mati

COMMENTS

Wordpress (0)