Walau bertongkat, Hadi kelihatan hadir mesyuarat PN pagi tadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Hadi Awang dilapor tiba di Publika untuk menghadiri mesyuarat Perikatan Nasional (PN) pagi ini.

Ahli Parlimen Marang itu dilihat tiba dengan Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman dan beberapa individu lain.

Turut hadir Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Harun merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa.

Walau bertongkat, Hadi kelihatan hadir mesyuarat PN pagi tadi

Hadi yang juga bekas Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah didapati tidak hadir Sidang Khas Dewan Rakyat selama empat hari bermula 26 Julai lalu.

Bagaimanapun, beliau yang dikenali dengan amanat kontroversi sejak 40 tahun lalu yang antara lain menuduh Umno sebagai parti kafir itu dilihat aktif dengan kenyataan Minda Presiden menerusi laman sosial Facebook rasminya.

Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Mesyuarat PN hari ini berlangsung ketika perhatian banyak pihak tertumpu pada barisan Kabinet yang bakal dilantik.

Berita Penuh : https://malaysiadateline.com/hadi-hadiri-mesyuarat-pn-pagi-ini/

BACA JUGA : Kim Jong Un kurus, rakyat Korea Utara dilarang komen

CATEGORIES