Dos penggalak adalah antara cadangan untuk memastikan individu terus dapat bertahan bagi melawan Covid-19.
Sesetengah negara seperti Malaysia juga mula mencadangkan pengambilan dos penggalak kepada rakyatnya.
Namun bagi semua warga dan penduduk Arab Saudi mereka akan diwajibkan mengambil dos penggalak vaksin COVID-19, mulai 1 Februari tahun depan.
Memetik satu sumber rasmi kerajaan, Saudi Gazette melaporkan dos penggalak itu diperlukan untuk penduduk mendapatkan status ‘imun’ di aplikasi Tawakkalna.
Sumber itu menjelaskan bahawa suntikan penggalak akan diwajibkan lapan bulan selepas seseorang mendapatkan dos kedua vaksin.
Status ‘imun’ itu diperlukan bagi sesiapa yang ingin menghadiri sebarang acara sosial, ekonomi, komersial, kebudayaan, hiburan atau sukan di negara itu.
Adakah Malaysia juga bakal mewajibkan dos penggalak kelak?
BACA JUGA :
Wanita maut minum racun di kubur ayah kerana dipaksa gugur kandungan
Remaja maut disergah ‘hantu’ dalam rumah hantu di Bentong
Gempar !!! Pesakit pertama di Malaysia dijangkiti varian Omicron sudah lengkap vaksin Pfizer