Wajah terkini pelakon cilik Erynne buat netizen terkejut

Oleh MHDAILY

Wajah terkini pelakon cilik Erynne buat netizen terkejut. Tentu anda masih ingat dengan seorang pelakon kanak-kanak yang dikenali sebagai Erynne Erynna atau nama sebenarnya, Syazlynne Erynne Abdullah yang mana selebriti ini sentiasa mewarnai kaca televisyen dengan pelbagai watak kanak-kanak. Bakat Erynne Erynna ketika itu juga cukup dikagumi oleh penonton.

Meskipun kini mencecah usia 25 tahun, Erynne Erynna masih sahaja menjadi pelakon kanak-kanak yang sentiasa diingati ramai. Mana tidaknya, pelakon ini bukan sahaja terlibat dalam drama malah filem juga dia hebat.

Malah antara wataknya yang meninggalkan kesan adalah ketika Erynne Erynna membintangi filem Congkak.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Walau bagaimanapun, umum diketahui Erynne Erynna juga telah mempunyai seorang cahaya mata perempuan. Gelagatnya sering menjadi tumpuan peminat apabila wajah Erynne Erynna yang dikatakan tidak berubah kecomelannya membuatkan dia dan anak seperti adik dan kakak.

Menerusi rakaman video dikongsikan Erynne Erynna terbaharu ini pula tidak hanya gelagat dia dan cahaya matanya sahaja menjadi bualan malah ramai memberikan tumpuan dengan imej dirinya yang meskipun pelakon popular sedari kecil namun tetap simple.

Wajah terkini pelakon cilik Erynne buat netizen terkejut

Muat naik pelakon kesukaan ramai ini diruangan Instagram peribadinya itu membuatkan imej Erynne Erynna juga menjadi bualan diruangan komen kerana peminat suka dengan gayanya yang simple itu.

 

BACA:

Menteri dari PAS dan Bersatu hantar surat kepada Agong

Terkini: Ismail Sabri menghadap Agong hari ini

Akhirnya Zul Ariffin mengaku salah muat naik kandungan ‘lucah’, kena denda RM30,000