‘Wajah anak Anzalna sebijik muka Presiden Russia’ – netizen

Wajah anak Anzalna sebijik muka Presiden Russia netizen

‘Wajah anak Anzalna sebijik muka Presiden Russia’ – netizen. Pelakon, Anzalna Nasir dilihat membuat perkongsian di media sosial mengenai anak keduanya, Mohamad Emirhan yang kini sudah menginjak usia enam bulan.

Ramai Samakan Wajah Emirhan Dengan Presiden Rusia?

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Menurut Anzalna, ramai yang menyamakan wajah anak keduanya itu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.

“Ramai betul orang cakap muka Emirhan macam President of Russia versi baby. Kemain orang samakan rupa dengan president! Hahahaa.”-Tulis Anzalna

Wajah anak Anzalna sebijik muka Presiden Russia netizen'Wajah anak Anzalna sebijik muka Presiden Russia' - netizen

Cetus Rasa Teruja Peminat

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat kecomelan cahaya mata kedua Anzalna, malah ramai yang bersetuju wajah Emirhan mirip Presiden Rusia.

“Betul macam Presiden Rusia puan. Tapi ni versi comel. Geram tengok muka dia.”

“😂😂😂😂 Comel apa. Kecik-kecik dah president.”

“Putin masa kecik ke nie 😂😂😂😂😂😍.”

“Kenapa baby ni cute gila dowh putih handsome uish 😍😍😍❤️❤️❤️❤️.”

Sekadar info, Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki telah berkahwin pada Februari 2016. Pasangan ini juga mempunyai dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

BACA:

Pegawai Hishamuddin sahkan kenyataan ’10 MP sokong Muhyiddin’ adalah palsu

MP GPS buat ‘U-turn’ sokong Anwar jadi PM?

“Nak pecat saya? Silakan!”

CATEGORIES