Wahai kerajaan berilah pelan lengkap, jangan umum separuh-separuh.Mendengar pengumuman kerajaan semalam tentang pembukaan ekonomi bagi mereka yang dah vaksin membuatkan aku begitu marah dan geleng kepala.
Pada masa sama, aku sangat risau apa akan jadi kepada ekonomi negara dan kesannya kepada pemilik bisnes SME dan golongan middle class.
Aku ingatkan kerajaan akan keluarkan senarai dan pelan yang lengkap untuk ekonomi berfungsi.
Misalnya apa jadi kepada kedai gunting rambut, pengusaha court futsal, panggung wayang, pejabat tanah dan beribu bisnes lain di kawasan yang dah vaksin lebih 30%. Kalau dah vaksin 50% pula apa yang dibolehkan dan apa yang tidak.
Tapi malangnya kerajaan hanya cerita tentang riadah, ziarah anak bini, makan dine in, solat di masjid dan boleh main golf. Dan benda ini kerajaan ambil masa berminggu-minggu nak fikir dan decide? Apa punya tahap competency aku tak boleh brain.
At the very least, kalau kerajaan tak nak bagi buka lagi pun sekarang, beritahulah apa pelan bila kadar vaksin dah reach certain level.
“Okey kedai gunting rambut boleh buka apabila kawasan tersebut kadar vaksin dah lebih 30%.” Memanglah leceh nak fikir satu satu bisnes tapi itukan tugas kerajaan. Menteri bukan main ramai, tuan penasihat tak payah cakaplah.
So fikirlah lebih sikit. Beritahu kita in details what’s your plan? Business owners boleh plan dan manage the risk. Bila tak ada clear plan, kita nak tap cash reserve pun tak berani. Itu kalau ada reserve lagilah. Kalau tidak, nak kena pinjam keliling.
Tapi at least kalau lama lagi nak bagi buka, bolehlah cut loss cepat-cepat dengan tutup atau pivot business ke bidang lain.
Ini kerajaan buat pengumuman pembukaan ekonomi macam main nombor ekor- nak ada element of surprise. Eloklah, memang literally nasib ekonomi kita semua diperjudikan.
Kedua, kerajaan dah kena decide once and for all nak jadi negara kesihatan atau negara ekonomi. Setiap negara ada strategi masing-masing.
Ada yang utamakan kesihatan first, ekonomi second. Biar rakyat hidup. Duduk rumah, jangan keluar dan kita bagi bantuan. Negara ini kita panggil low mobility, low death rate.
Malaysia tergolong dalam kategori ini. Apa-apa rakyat kena hidup. Ekonomi kita bina kemudian. Cumanya negara-negara yang ambil strategi ini akan beri bantuan yang banyak kepada rakyat.
Yela, dah rakyat tak boleh bergerak (less mobile) means that mereka tiada income. So kerajaan kenalah bantu to compensate.
Kenapa aku cakap kerajaan tak banyak tolong rakyat? Kalau tengok data dari IMF, Bloomberg dan John Hopkins University, negara yang sekat rakyat dari bergerak akan beri bantuan fiscal yang tinggi.
Fiscal spending means duit direct dari kerajaan, bukannya duit rakyat dalam bentuk moratorium atau KWSP.
Kanada- 15.9% dari KDNK
Jerman- 13.6% dari KDNK
UK- 16.2% dari KDNK
Negara jiran kita yang kiasu, Singapura bagi 18.4% dari KDNK.
Malaysia? Hanya 5.2% dari KDNK.
Sebab negara kita bukan negara maju? Yela tu. Thailand selamba bagi bantuan 11.4% dari KDNK. Afrika Selatan pun boleh spend more dengan belanja fiskal 5.9% dari KDNK.
Malaysia bukan sahaja beri bantuan sedikit, sekat pergerakan rakyat pula tu, dan ekonomi tutup tak boleh beroperasi tapi kadar kematian kita boleh pula jadi antara terburuk di dunia dengan 120 kematian per million population pada Julai 2021. Hanya Indonesia yang lebih tinggi dari kita.
Cuma teruk-teruk Indonesia, ekonomi mereka akan grow around 1.3% vs 2019 punya growth. Kita negative 2%.
Senang cerita apa pun tak dapat. Negara kesihatan pun tidak. Ekonomi yang maju lagilah jauh.
Negara lain yang crippled ekonominya in exchange of health, adalah juga positive impact. Average death per million population mereka below 20 (versus kita 120).
Ini membawa aku ke point ketiga iaitu kalau kerajaan tak ada duit nak bantu rakyat so ekonomi tak hancur teruk atau kerajaan tak berani nak naikkan siling paras hutang sebab tak ada majoriti di parlimen, kerajaan buka sahajalah ekonomi secara komprehensif.
Bukan buka ekonomi ikut tangkap muat. Boleh dine in, tak boleh dine in.
Memang langkah ini tak popular tapi dah nyawa pun kerajaan gagal nak jaga dan bantuan pun tak boleh nak bagi. Paling tidak ekonomi pandai lah rakyat nak jaga.
(So now dah faham kenapa penting kerajaan ada majoriti dan legitimasi? Itu pun ada nak cakap ‘eh kalau tukar PM boleh solve ke isu Covid?’. Jawapan dia memang boleh.
Sebab new PM atau new Govt yang legit boleh table undang-undang naikkan siling hutang.)
After all kadar vaksin kita dah dianggap tinggi. Around 26%. Kerajaan pun cakap by September / Oktober lebih 50% rakyat akan fully vaccinated.
Maksudnya di sini sooner or later kerajaan dah kena prepare. Prepare ni maksudnya ada pelan yang details la.
Tapi pengumuman semalam memang nampak kerajaan ini tak buat kerja. Tak ada pelan langsung. Orang tua cakap gagal merancang, merancang kegagalan.
Berdasarkan data-data ekonomi semasa sudah jelas ekonomi Malaysia tidak akan kembali pulih pada tahun ini. Lagi teruk adalah.
Already ada yang ramalkan setengah juta SME mungkin mati by end of this year. 2 millions job may be wiped out. Scary.
The next best thing kerajaan boleh buat sekarang kalau tak nak resign dan beri bantuan kepada peniaga adalah buka sahajalah ekonomi secara menyeluruh. Rakyat boleh adapt.
Paling lekeh pun beritahu pelan yang details. Ekonomi di Malaysia bukan berkisar boleh dine-in ke tidak. Its more than that.
Sumber: