Wad Covid-19 mula ditutup satu persatu beri sinar kepada frontliners

Oleh MHDAILY

Wad Covid-19 mula ditutup satu persatu beri sinar kepada frontliners.Seorang doktor di sebuah hospital berkongsi jumlah pesakit yang dirujuk untuk kemasukan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah tidak seramai seperti sebelum ini dan pihaknya tidak perlu lagi memilih siapa yang perlu didahulukan untuk diberi rawatan.

Pakar bius dikenali sebagai Dr. Hana Hadzrami menerusi laman Facebook miliknya berkata, wad yang dikhaskan untuk pesakit Covid-19 telah mula ditutup satu persatu dengan pesakit bukan Covid-19 yang selama ini menumpang di wad sementara telah kembali ke wad asal.

“Jumlah pesakit yang dirujuk untuk kemasukan ICU masih ada, namun tidak seramai sebelumnya. Kami sudah tidak perlu pilih. Boleh terima semua. Ia amat melegakan.

Baca Artikel Penuh