Viral kubur ibu di halaman rumah, tindakan pemuda ini cetus tanda tanya

Di TikTok, viral rakaman video menunjukkan seorang pemuda sedang membersihkan kubur ibu yang terletak di halaman rumah. Baru sehari dimuat naik, perkongsian tersebut telah mendapat 1.6juta tontonan.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Indonesia itu merakamkan pemuda berkenaan membersihkan kawasan kubur yang telah diletakkan batu nisan. Dia kemudiannya memenuhi pusara allahyarham ibu dengan rumput hijau segar. Di atasnya pula ditabur bunga-bungaan berwarna putih dan merah jambu.

Viral kubur ibu di halaman rumah, tindakan pemuda ini cetus tanda tanya

Walaupun hanya menyertakan kapsyen ringkas “mungkin ini caraku”, ruangan perkongsian di akaun TikTok @adhefin itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen Indonesia. Apatah lagi apabila dia dilihat berpakaian rapi mengenakan tshirt, kain pelikat dan bersongkok membacakan surah Yasin buat allahyarham ibu.

@adhefinmungkin ini caraku♬ เสียงต้นฉบับ – 𝕊 𝕋 𝕆 ℝ 𝕐_❣️_ℕ

Memetik laporan suara.com, menguburkan jenazah di halaman rumah sememangnya jarang sekali dilakukan masyarakat Indonesia. Namun, pemuda ini mengakui tindakannya itu adalah bentuk kasih sayang kepada ibunya.

Meskipun sedikit pelik, namun netizen menganggap cara itu dapat menghindarkan ahli keluarga daripada berebut harta peninggalan ibu bapa. Menurut mereka, proses menjual rumah pasti akan sukar apabila wujud kubur di halaman itu.

kubur

pusara

tiktok

Sementara itu, ada yang melihatnya sebagai peluang untuk ahli keluarga sentiasa mengunjungi pusara dengan mudah.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/trending/biar-tak-berebut-harta-viral-kubur-ibu-di-halaman-rumah-pemuda-ini-dipuji/

BACA JUGA : Pelakon Ellie Suriaty dedah anaknya antara lapor polis untuk tolak vaksin

COMMENTS

Wordpress (0)