[VIDEO] Speaker pertahan Menteri Kewangan dan Timbalan tiada dalam dewan ketika perbahasan belanjawan

Speaker

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun memberitahu Dewan Rakyat tiada peruntukan yang mewajibkan menteri dan timbalannya mesti berada dalam Dewan Rakyat ketika belanjawan dibahaskan.

Terdahulu RSN Rayer (PH-Jelutong) mempersoalkan mengapa menteri dan timbalan menteri kewangan tiada dalam dewan sewaktu Belanjawan 2021 dibahaskan.

Azhar berkata, kemungkinan menteri kewangan atau timbalannya memantau perbahasan di luar dewan.

 

Artikel ini disiarkan pada 11/11/2020

COMMENTS