[Video] Rider Grab berhati mulia, sanggup parking tepi untuk bantu pakcik buta lintas jalan

Oleh MHDAILY

Rider Grab berhati mulia, sanggup parking tepi untuk bantu pakcik buta lintas jalan. Apa yang kita saksikan ini telah menunjukkan bahawa masih ada lagi insan berhati mulia di zaman moden yang serba sibuk ini.

Ternampak seseorang yang cacat penglihatan sedang ingin melintas saat jalan tengah sesak, seorang Grab Rider dilihat berhentikan motornya dan bantu individu OKU itu melintas jalan.

Pihak Grab cari identiti Rider yang berhati mulia

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Jika diperhatikan video berdurasi 40 saat ini, keadaan jalan begitu sesak dan dilihat individu OKU itu berada di tengah-tengah untuk melintas lagi.

Difikirkan secara logik, mustahil untuk orang yang tidak mampu melihat sepertinya boleh berlari dan berjalan dengan pantas, ia pastinya menyebabkan jalan jadi semakin sesak malah membahayakan dirinya biarpun menggunakan laluan pejalan kaki untuk melintas.

Oleh sebab itulah insan berhati mulia ini sanggup menolong individu tersebut. Berdasarkan video dibawah, kejadian ini berlaku di Batu 6, Jalan Gombak pada 13 Oktober 2021 lepas.

Susulan dengan penularan video itu, sumber menyatakan bahawa ia sampai ke perhatian pihak Grab dan kini mereka sedang mencari identiti insan tersebut.

rider

Dalam pada itu,selain dihujani dengan pujian dan doa agar dimurahkan rezeki untuk Rider ini, n netizen jua perhatikan kelibat insan tersebut seperti seorang wanita.

BACA JUGA : ”Parti melayu bergaduh sesama sendiri, PH jugak disalahkan”