[VIDEO] Penunggang motosikal pukul warga emas gara-gara berebut pam minyak

Oleh MHDAILY

Pada lewat hari semalam, tular rakaman video CCTV di mana seorang lelaki memukul seorang warga emas. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Stesen Minyak Shell Tol Jalan Duta.

Pada awal rakaman video tersebut, mangsa yang memandu Proton Perdana serta penunggang motosikal terbabit dilihat bergerak seiringan menuju ke pam minyak yang sama sebelum warga emas terbabit memberhentikan keretanya di pam minyak tersebut.

 

Setelah warga emas keluar daripada keretanya, penunggang motosikal itu meluru ke arahnya lalu berlaku pertengkaran kecil di antara kedua-dua belah pihak. Sejurus selepas itu, penunggang motosikal membuka topi keledar yang dipakainya lalu memukul pada bahagian kepala warga emas tersebut.

Lalu, warga emas itu kelihatan terjatuh dan seorang orang awam dan pekerja stesen minyak menghampiri tempat kejadian untuk melihat keadaan si mangsa. Selepas memukul warga emas, penunggang motosikal itu dirakam melarikan diri daripada tempat kejadian seperti dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Penunggang motosikal pukul warga emas gara-gara berebut pam minyak

Rakaman video CCTV itu telah mengundang orang ramai mengecam tindakan ‘kurang sabar’ penunggang motosikal terbabit sehingga menyebabkan warga emas itu jatuh rebah di tempat kejadian.

Orang ramai berharap agar pihak PDRM dapat mengesan dan mendakwa penunggang motosikal terbabit ke muka pengadilan kerana mencederakan warga emas gara-gara tidak dapat bersabar hanya seketika.

BACA JUGA : Gelombang baharu Covid-19 akan berlaku menjelang hujung tahun ini
Calon Ketua Menteri BN enggan berdebat
Baca Artikel Penuh