[Video] Panas !!! Penduduk berang dan rasa dimalukan, pulangkan balik sumbangan Razman

Tular sebuah video memaparkan seorang penduduk dipercayai menetap dalam kawasan DUN Gunong Semanggol, Bagan Serai memulangkan semula sumbangan yang diberikan ADUN berkenan, Razman Zakaria.

Jelas penerima tersebut, tindakannya memulangkan semula sumbangan tersebut selepas dimalukan Adun tersebut apabila menularkan sumbangan tersebut dengan niat memalukannya.

Menurutnya lagi, dia nekad untuk memulangkan semula sumbangan tersebut dengan menghantarnya ke markaz Pas Bagan Serai kerana berasa terhina dengan kelaku Adun tersebut.

Warganet ketika menghantar komen menulis bahawa sumbangan yang diberikan Adun itu bukanlah datang dari duit poket, atau duit partinya sendiri tetapi ianya adalah pek ‘Kotak Harapan’ sumbangan kerajaan negeri Perak hasil idea Asmuni Awi, bekas Exco sewaktu kerajaan PH memerintah Perak dahulu.

Rata-rata warganet menghulurkan tanda simpati terhadap penerima tersebut. Malah mereka turut menyelar sikap gilakan publisiti Razman, meskipun setelah menjadi kerajaan sekarang ini.

Sumber : FACEBOOK

BACA JUGA : Gempar !!! Blogger dedah senarai Menteri, Timb dari Umno sedia letak jawatan

COMMENTS

Wordpress (0)