[VIDEO] Panas !!! Dr Noor Hisham jawab ahli parlimen Bintulu isu ‘takut mati’

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham hari ini menyifatkan soal ‘takut mati’ tidak timbul kerana bagi orang Islam, mereka menerima kematian di mana sahaja ia berlaku.

Beliau mengulas soalan pemberita mengenai kenyataan ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing di Dewan Rakyat hari ini yang menyifatkan Dr Noor Hisham ‘takut mati’ kerana tidak hadir sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan wabak Covid-19 di negeri itu.

Terdahulu Dr Noor Hisham menjelaskan, beliau telah turun padang pada akhir Ogos untuk memastikan kesiapsiagaan kakitangan KKM manakala timbalannya, Dr Chong Chee Kheong dan penasihat khas kesihatan awam kepada Perdana Menteri, Dr Jemilah Mahmood juga telah ke Sabah baru-baru ini.

 

COMMENTS

Wordpress (0)