[Video] Gempar !!! Blogger Umno dedah tiada calon yang dapat majoriti

Oleh MHDAILY

Blogger dan aktivis Umno, Zaharin Mohd Yasin mendakwa, para ahli Parlimen Umno yang bersorak sorai ketika mahu menaiki bas ke Istana Negara tetapi apabila mereka balik hanya monyok bagai “ayam berak kapor”.

Sehubungan itu, beliau yang membuat laporan menerusi video dari PWTC Kuala Lumpur lewat petang ini mendakwa tidak ada mana-mana parti pun yang mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan.

“Sebenarnya sudah ada jawapan bahawa tidak ada satu pun mana-mana parti politik secara bergabung atau secara single parti tunggal boleh menguasai Dewan Rakyat.

Baca Artikel Penuh