[Video] Buat aksi lucah di Tiktok, kumpulan Dolla dikecam

Gara-gara leka melakukan tarian, salah seorang ahli kumpulan Dolla, Sabronzo mengundang kecaman netizen di media sosial.

Menerusi akaun di TikTok , Sabronzo dilihat menari bersama ahli kumpulan Dolla yang lain iaitu Tabby, Angel dan Syasya.

Bagaimanapun, Sabronzo dianggap keterlaluan apabila menari tarian dipercayai gaya ‘twerk’ yang terkenal dengan aksi seksi dan menggoda.

[Video] Buat aksi lucah di Tiktok, kumpulan Dolla dikecam

Mengenakan ‘crop top’ Sabronzo atau nama sebenarnya Sabrina Rusli menulis kapsyen, ‘party with us.’

Ruangan hantaran itu dihujani dengan komen netizen yang menyelar perbuatan penyanyi berumur 27 tahun itu.

@sabronzooooparty with us 🤪

♬ Dame Tu Cosita – El Chombo

Rata-ratanya berpendapat aksi tersebut tidak sesuai dilakukan oleh wanita beragama Islam.

Malah, ada juga wargamaya yang menitipkan doa agar Sabronzo bertaubat dan berubah menjadi insan lebih baik.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat 1.9 juta tontonan dan lebih 1000 komen.

BACA:Khairul Aming dinobat sebagai ‘Content Creator of the year’ tapi ucapan padu dia buat ramai sentap!