[VIDEO] Berang dengan majikan, wanita nekad letupkan gudang minyak

Seorang wanita di Thailand bernama Sirisini disyaki membakar gudang minyak tempat dia bekerja kerana berang dengan majikannya.

Dia yang juga dikenali sebagai Ann Sriya didakwa menggunakan pemetik api untuk membakar sekeping kertas sebelum membuangnya ke dalam bekas yang berisi bahan api di sebuah gudang Minyak Prapakorn di Thailand.

[VIDEO] Berang dengan majikan, wanita nekad letupkan gudang minyak

Kebakaran yang merebak ke seluruh bangunan yang digunakan untuk menyimpan beribu-ribu liter tangki minyak telah menyebabkan syarikat itu rugi lebih 40 juta baht Thailand atau sekitar RM5 juta.

Foto atau video yang tersebar di media sosial menunjukkan bebola api dan asap tebal berwarna hitam naik ke udara di wilayah Nakhon Pathom.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seseorang yang disyaki Sriya masuk ke dalam gudang dengan sehelai kertas di tangannya kemudian hilang di sebalik deretan kontena di unit rak.

Api kemudiannya dilihat marak dari dua lokasi di belakang kontena.

Dipetik dari The Independent, Leftenan Jeneral Provinsi Thanayut Wuttijarathamron berkata Sriya ditangkap di rumahnya di daerah Sam Phran.

Dia yang pada mulanya didakwa akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia telah melakukan perbuatan tersebut kerana marah dengan majikannya yang mempersoalkan prestasi kerjanya.

Ini adalah kali kedua kebakaran berlaku di kilang itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini, menurut Mejar Jeneral Chomchawin Purthananon. “Wanita itu telah bekerja untuk Prapakorn Oil selama sembilan tahun,” lapor MailOnline.

“Dia berkata bosnya mengadu kepadanya dan mendesak dia setiap hari, dan tidak menyangka kebakaran yang dia mulakan menyebabkan kerosakan seperti ini.”

Lebih 40 jentera bomba menghabiskan masa empat jam untuk memadamkan kebakaran, menurut MailOnline. Pakar dari Unit perlindungan alam sekitar juga dihantar ke tempat kejadian untuk memantau kualiti air di terusan Khlong Om Yai, lapor Bangkok Post.

Sriya kini dilaporkan kekal dalam tahanan sementara polis meneruskan siasatan mereka.

BACA JUGA : [Video] Belum ajal, wanita ini hampir dilanggar keretapi
Saintis ramal kiamat bakal berlaku satu atau dua dekad lagi
Ismail Sabri bersama 63 anggota Kabinet isytihar harta

CATEGORIES