Varian Delta mengganas, Australia tambah jumlah saringan

Varian Delta mengganas, Australia tambah jumlah saringan

Australia tambah jumlah saringan, varian Delta mengganas

Varian Delta kini sedang mengganas di Australia dengan 18 kes baharu tempatan COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas di New South Wales.

Peningkatan kes harian ini direkodkan dalam kluster baharu yang dikenal pasti di kawasan pinggir bandar menjadikan jumlah keseluruhan kini 36 kes.

Dengan peningkatan jumlah itu, jumlah ujian saringan turut meningkat sehingga lebih 48,000 pada Rabu berbanding 44,000 hari sebelumnya.

Varian Delta

Kini ujian saringan giat dijalankan di seluruh Sydney selepas ia diklasifikasikan sebagai kawasan panas atau ‘hotspot’ termasuk dalam perkhidmatan awam.

Antara kes terbaharu yang direkodkan melibatkan Menteri Pertanian New South Wales yang turut menyebabkan beberapa pegawai kerajaan tempatan sebagai kontak rapat.

Mereka kini semua di bawah perintah kuarantin.

Penularan paling teruk berlaku di New South Wales turut berpunca dari varian Delta.

Ia membimbangkan kerana penularannya lebih pantas dan mengakibatkan komplikasi yang lebih teruk.

Susulan itu, program vaksinasi di Sydney dipergiatkan.

Pada masa sama, beberapa sekatan juga dijangka akan dikuat kuasakan bagi mengekang penularan lebih luas.

Dalam pada itu, Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa negara-negara Eropah lebih berwaspada dengan varian baharu COVID-19, Delta.

Varian delta yang mula dikenalpasti di India itu dilaporkan bakal menjadi varian utama di Eropah.

“Negara Eropah akan terus bergerak ke hadapan dan menjayakan strategi vaksinasi dan kelonggaran akan dilakukan secara beransur-ansur.

“Namun kita harus berwaspada dengan varian Delta yang tersebar lebih pantas berbanding varian sebelum ini,” katanya.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-dunia/covid19-varian-delta-mengganas-di-sydney-304979