Varian Delta : 11 juta penduduk Wuhan perlu jalani ujian saringan

Varian Delta

Varian Delta : 11 juta penduduk Wuhan perlu jalani ujian saringan. Susulan lonjakan kes COVID-19 berikutan penularan varian Delta, pihak berkuasa Wuhan China melakukan saringan COVID-19 ke atas lebih 11 juta penduduknya.

Saringan bermula Selasa lalu meliputi keseluruhan penduduk di bandar itu kecuali kanak-kanak berusia bawah enam tahun dan pelajar yang sedang bercuti.
Pihak berkuasa menggerakkan lebih 28,000 petugas kesihatan di sekitar 2,800 kawasan untuk melaksanakan kempen saringan.

China berjaya menurunkan kes tempatan sehingga ke paras sifar selepas kes pertama muncul di Wuhan akhir 2019, sekali gus membolehkan ekonomi kembali berkembang dan kehidupan kembali normal.

Bagaimanapun varian Delta yang pantas menular, menyebabkan jangkitan merebak ke bandar-bandar lain sekali gus merencatkan rekod yang dicapai.

Jangkitan dikatakan berlaku dalam kalangan pekerja pembersihan lapangan terbang di Nanjing.

Varian Delta

Sehingga Sabtu, bandar itu merekodkan 37 kes penularan tempatan dan 41 kes indeks tanpa gejala dalam ujian saringan besar-besaran berkenaan.

Minggu lalu, pihak berkuasa mengumumkan terdapat tujuh kes jangkitan dicatatkan dalam kalangan pekerja migran di Wuhan.

Sejak itu, China melaksanakan sekatan pergerakan ke atas penduduknya dengan mengarahkan mereka berada di rumah, memutuskan hubungan pengangkutan dan melakukan saringan besar-besaran bagi membendung penularan berkenaan, yang terbesar dalam tempoh beberapa bulan.

Beijing juga memperketatkan sekatan perjalanan luar negara bagi warganya sebagai sebahagian daripada langkah mengekang peningkatan kes.

Rabu lalu, pihak berkuasa imigresen China mengumumkan negara itu akan menghentikan pengeluaran pasport biasa dan dokumen lain yang diperlukan untuk keluar negara bagi kes tidak penting dan bukan kecemasan.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/covid19-11-juta-penduduk-wuhan-jalani-ujian-saringan-313078

BACA: KJ dakwa setia dengan Umno, tapi tetap sokong Muhyiddin

Artikel ini disiarkan pada 09/08/2021

COMMENTS

Wordpress (0)