Vaksinasi secara ‘walk in’ di Lembah Klang bermula 2 Ogos, tak semua PPV terlibat

Oleh MHDAILY

Vaksinasi secara ‘walk in’ di Lembah Klang bermula 2 Ogos, tak semua PPV terlibat .Operasi vaksinasi tanpa janji temu (walk-in) akan bermula di beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di Lembah Klang, Isnin ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, vaksinasi secara tanpa janji temu itu dimulakan di Lembah Klang, setelah Operasi Lonjakan Kapasiti Vaksinasi di Lembah Klang berakhir esok.

“Operasi vaksinasi secara walk-in akan dibuka mengikut kategori pada 2 Ogos, bermula dengan mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan golongan komorbiditi.

“Pada 5 Ogos kita akan buka kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas,” katanya kepada media selepas meninjau Program Vaksinasi Warganegara China di sini pada Sabtu.

Baca Artikel Penuh