Vaksin Pfizer selamat untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun, kata pengeluar

Pfizer

Vaksin Pfizer selamat untuk kanak-kanak 5 hingga 11 tahun, kata pengeluar.Pfizer dan BioNTech pada Isnin berkata, hasil ujian menunjukkan vaksin virus korona keluaran syarikat itu selamat dan menghasilkan tindak balas imun baik dalam kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Syarikat itu menambah, ia akan mendapatkan kelulusan regulatori tidak lama lagi, dan berkata vaksin itu akan diberikan pada dos lebih rendah berbanding untuk mereka yang berusia 12 tahun ke atas.

“Bagi peserta berusia lima hingga 11 tahun, vaksin itu selamat, bertoleransi dengan baik dan menunjukkan tindak balas antibodi peneutralan yang kuat,” kata syarikat AS dan Jerman itu dalam kenyataan bersama.

Syarikat berkenaan merancang membentangkan data mereka kepada badan regulatori di PBB, AS dan di seluruh dunia “secepat mungkin.”

Pfizer

Hasil ujian adalah yang pertama dilakukan terhadap kanak-kanak bawah 12 tahun. Ujian Moderna melibatkan kanak-kanak enam hingga 11 tahun masih berterusan.

Suntikan Pfizer dan Moderna sudahpun diberikan kepada golongan dewasa serta remaja 12 tahun ke atas di seluruh dunia.

Walaupun kanak-kanak dilihat kurang berisiko mengalami gejala teruk Covid, ada kebimbangan varian Delta yang mudah berjangkit mungkin mengakibatkan kes lebih serius.

Inokulasi terhadap kanak-kanak juga dilihat penting untuk memastikan sekolah boleh dibuka serta menamatkan wabak.

Kanak-kanak dalam kumpulan ujian itu berusia diberikan dua dos 10 mikrogram berbanding 30 mikrogram untuk individu lebih berusia, dengan suntikan diberikan dalam jarak 21 hari.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2021/09/20/vaksin-kami-selamat-untuk-kanak-kanak-5-11-tahun-kata-pfizer/

BACA: Panas !!! “Azam Baki patut digantung tugas Ketua Pesuruhjaya SPRM”

COMMENTS

Wordpress (0)