Vaksin mula hilang kesan selepas 6 bulan

Oleh MHDAILY

Perlindungan daripada dua dos suntikan vaksin Pfizer dan AstraZeneca berkurangan dalam tempoh kurang enam bulan, dengan cadangan suntikan penggalak diperlukan untuk memastikan perlindungan berpanjangan.

Berdasarkan kajian dari Zoe, aplikasi yang memantau perkembangan Covid-19 di seluruh dunia, suntikan vaksin Pfizer berkesan 88 peratus selepas sebulan dari dos kedua, namun ia berkurangan kepada 74 peratus selepas lima hingga enam bulan.

Kajian berkenaan menggunakan data sebenar yang dikumpul daripada lebih sejuta pengguna aktif aplikasi berkenaan, yang memasukkan maklumat vaksinasi dan keputusan ujian, yang kemudiannya dianalisis penyelidik di King’s College London.

Baca Artikel Penuh