Vaksin CanSino haram – Majlis Ulama

Vaksin CanSino haram Majlis Ulama

Vaksin CanSino haram – Majlis Ulama. Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa haram terhadap vaksin Convidecia Covid-19 yang dikeluarkan oleh pembekal dari China, CanSino Biologics, lapor laman berita Kompas, kelmarin.

Vaksin Convidecia dihasilkan menggunakan anggota tubuh manusia.

“Vaksin Covid-19 keluaran Cansino adalah haram,” jelas fatwa yang dikeluarkan MUI kelmarin.

Pengerusi Suruhanjaya Fatwa MUI, Hasanuddin menjelaskan bahawa vaksin tersebut diharamkan kerana dalam penghasilannya menggunakan bahagian tubuh manusia.

“Dalam proses penghasilannya, ia menggunakan bahagian tubuh manusia (juz’minal insan) iaitu sel-sel yang diperoleh daripada buah pinggang embrio bayi manusia,” katanya.

Vaksin CanSino haram - Majlis Ulama

Selepas fatwa itu dikeluarkan, MUI kemudian mengeluarkan enam syor kepada pemerintah Indonesia.

Pertama, pemerintah perlu mengutamakan penggunaan vaksin halal sebaik mungkin terutama bagi umat Islam dan kedua, pemerintah disarankan untuk mengoptimumkan perolehan vaksin Covid-19 yang disahkan halal.

Ketiga, pemerintah diminta memastikan vaksin Covid-19 yang akan digunakan mempunyai pensijilan halal, manakala yang keempat, pemerintah mesti menjamin dan memastikan keselamatan vaksin yang digunakan.

BACA:

Ingatkan kesan dari vaksin Covid-19, sekali rupanya kayap

Murid diarah belajar di kaki lima akibat belum vaksin

Awas! Anda tidak digalak untuk buat senaman jika terima vaksin jenis ini…

CATEGORIES