Vaksin : 14.6 peratus populasi sudah terima 2 dos suntikan di Malaysia

Oleh MHDAILY

Seramai 4,769,909 individu iaitu 14.6 peratus populasi rakyat di negara ini telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 hingga 11.59 Selasa malam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata seramai 10,301,905 individu telah menerima dos pertama yang menyaksikan jumlah pemberian vaksin itu di seluruh negara kini mencecah 15,071,814 dos suntikan.

“Jumlah ini termasuk suntikan pada Hari Raya Aidiladha semalam iaitu sebanyak 299,593 dos, merangkumi 204,064 individu menerima suntikan pertama dan 95,529 adalah penerima dos kedua,” katanya dalam hantaran melalui laman Twitter pada Rabu.

Baca Artikel Penuh