Ustaz ini anggap orang bukan Islam salah faham, perlu masa lama untuk belajar apa diucapkannya

Penceramah, Ustaz Syakir Nasoha, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan menjelaskan, ceramah asalnya dipotong dan ditular sehingga menyebabkan orang bukan Islam tersalah faham apa yang dimaksudkan.

Dalam video penjelasannya, Syakir berkata, keratan video itu diambil dan disebarkan kepada umum sehingga menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam.

Ustaz ini anggap orang bukan Islam salah faham, perlu masa lama untuk belajar apa diucapkannya

Penceramah, Syakir Nasoha berkata, dia bukan seorang yang bersikap perkauman dan sentiasa berurusan dengan orang bukan Islam.

“Ini kerana untuk memahami kaedah hadis dan sebagai yang saya katakan tadi, bukan boleh faham dengan serta-merta dengan tengok satu video sahaja, untuk orang Islam sendiri pun untuk belajar Islam ambil masa lama, mengaji sekolah tahfiz dan sebagainya kita belajar sampai beberapa tahun untuk kita memahami,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/10/05/orang-bukan-islam-salah-faham-maksud-saya-kata-syakir-nasoha/

BACA JUGA : Ketua Menteri terlalu ikut cakap Ab. Rauf punca 4 Adun tarik sokongan

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Ustaz ini anggap orang bukan Islam salah faham, perlu masa lama untuk belajar apa diucapkannya […]