Ustaz Idris paling layak buktikan pencapaian 100 hari, kata Mujahid

Oleh MHDAILY

Jikalau ada peluang untuk membuktikan pencapaian 100 hari, maka Yb Sen Ustaz Idris Hj Ahmad adalah orang yang paling layak diberi tumpuan. Sebagai Menteri Agama yang baru dan bukan dari pasukan kitar-semula, rakyat sewajarnya memberikan peluang dan ruang untuk beliau membuktikan dirinya.

Nama mesra yang saya panggil beliau ialah Ustaz Derih. Saya mengenali beliau sejak aktif di zaman Pemuda Pas. Kami dari latarbelakang karier pensyarah yang sama sebelum terlibat secara sepenuh masa dalam politik kepartian. Beliau lebih komited apabila mengambil keputusan lebih awal bersara dari ITM (masa itu) Alor Gajah, Melaka. Saya hanya bersara dari Universiti Telekom (kini MMU) menjelang PRU 1999.

Kami bertemu sebagai kepimpinan pemuda Pas di bawah Datok Mahfuz dan DS Salehudin Ayob. Karier Ustaz Derih dalam Pemuda membawa beliau sebagai pengganti Salehudin Ayob dan terkenal sebagai seorang yang melihat ke dalam parti dari sudut program pentarbiyahan. Suka berceloteh, berjenaka dan terkenal dalam penyampaian ceramahnya “hentam Umno kaw-kaw” salah satu tagline beliau tentang Umno ialah “al Fulus fid dunia wal Mampus fil akhirah”

Baca Artikel Penuh