Ustaz Ebit sibuk naik turun mahkamah, sekali wanita ini dedah perangai sebenar Ustaz yang ramai tak tahu

Oleh MHDAILY

Ustaz Ebit sibuk naik turun mahkamah, sekali wanita ini dedah perangai sebenar Ustaz yang ramai tak tahu.

Siapa saja yang tak kenal dengan Ustaz Ebit Lew? Figura dakwah ini ‘mencuri’ hati seluruh rakyat Malaysia atas kerja-kerja kebajikan dan dakwah yang dijalankannya.

Mungkin kita sering membaca penulisan-penulisannya di Facebook tentang misi bantuan kemanusiaan yang beliau bersama pasukannya jalankan.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Ustaz Ebit sibuk naik turun mahkamah, sekali wanita ini dedah perangai sebenar Ustaz yang ramai tak tahu

Namun, ada satu ‘sejarah’ tentang kisah silamnya yang kita mungkin belum tahu, bagaimana jatuh bangun Ustaz Ebit selama ini sehingga berjaya ke hari ini.

Baru-baru ini, pendakwah bebas, Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria berkongsi pengalaman hidup bersahabat dengan Ustaz Ebit sejak beberapa tahun dahulu.

Mari hayati kisah ini.

Bismilllah. Terpanggil untuk berkongsi kisah inspirasi ini untuk followers saya.

Saya antara sahabat yang menyaksikan Ebit Lew, orang yang betul-betul susah, miskin, dihina, dikenakan, diketawakan.. Tiba-tiba Allah beri kekayaan padanya yang bukan sedikit.

Ustaz Ebit ni antara sahabat baik saya. Waktu tu kisah 14 tahun dulu masing-masing belum kahwin. Ustaz Ebit baru bertunang.

Kami ada dalam lima orang sahabat baik di office waktu tu. Tiga lelaki dan dua perempuan.

Di office ni tak ramai perempuan. Penceramah perempuan dua orang sahaja. Semua sekali lima staf perempuan dan 20 staf lelaki.

Dulu kami kerja selang satu meja waktu di company Dato’ Fadzilah Kamsah.

Ustaz Ebit ni antara yang selalu datang kumpul depan meja saya bercerita kisah nabi dan sahabat (RA).

Di depan meja saya, ada tikar kecil yang comel dan carpet-carpet yang cute. Kawan-kawan ni akan sengaja pijak-pijak carpet cute dan lembut ni untuk legakan kaki. Dan kalau dikira dekorasi tempat meja saya paling lawalah waktu tu di office tu.

Jadi selalu geng berlima ni bawa makanan, letak di tikar saya, duduk di lantai dan makan di situ.

Ada satu ketika, Ustaz Ebit bagi saya duit, minta hias pula kawasan meja dia bagi lawa. Sebab katanya buruk sangat.

Saya beli barang-barang hiasan dan hias dengan bunga-bunga warna putih waktu Ustaz Ebit sedang cuti kerja.

Ustaz Ebit ni takde satu hari tak sembang kisah nabi. Kalau dengar Ebit bersembang, rasa macam wayang gambar depan mata kisah-kisah sahabat. Bila dia ada masalah, dia datang cari saya dan terus cerita ‘pung pang pung pang’ apa orang kutuk dia.

Selepas dua bulan kerja di office yang sama, Ustaz Ebit ni kahwin. Kemudian dia keluar jemaah tabligh, dia call saya kirimkan duit minta belikan bunga untuk isterinya.

Saya pilih dan minta kedai gubahkan dengan sangat cantik. Tak lama saya terima WhatsApp gambar isteri Ebit pegang bunga tu dengan senyum manis. Ya tuhan, hati saya sangat-sangat berbunga.

Saya juga belikan rantai emas untuk sang bidadari. Ebit transfer duit gaji dia untuk saya tolong belikan. Saya pergi kedai emas carikan. Waktu tu duit dia cukup-cukup. Kata dia,

“Cukuplah Farah (nama isterinya) gembira, Ebit dah puas hati,”

Sebelum tu bila dia bagitahu dia nak keluar jemaah ke sekian-sekian tempat, saya tanya dia,

“Ebit.. Ebit nak keluar jemaah, asyik keluar duit..Nanti macam mana kalau duit habis?” (soalan saya 14 tahun dulu waktu tak faham ‘hakikat memberi’) dan saya tahu dia memang tak ada duit.

Ebit jawab, “Takpe Laila.. Keluar je jemaah dulu.. Nanti Allah ganti,”

Dulu keretanya buruk sangat-sangat. Masih terbayang di mata saya kereta dia. Orang ketawakan dia.

Kawan-kawan kata, “Ebit.. Kau pakai macam ni.. Cakap macam ni..lembik…Siapa nak dengar cakap kau.. Siapa nak dengar kau ceramah.. Tak laku,”

Memang orang kenakan dia cukup-cukup, ketawakan dia cukup-cukup.

Gambar: Facebook Ebit Lew
Sebelum buka Elews Mart tahun lepas, tengah tahun dia bagitahu saya yang dia nak buka 10 cawangan tahun lepas. Akhirnya Allah makbulkan dalam dua bulan.

Bahkan lebih berganda banyak lagi cawangan Elews Mart, dan macam-macam perancangan dia yang dia bagitahu saya, Allah bagi semuanya jadi kenyataan. MashaAllah Tabarakallah!

Sampai kes orang sakit hati, ugut ke, tu perkara biasa.

Sampai dia kata, kadang Ebit rasa nak lari bawak family ke luar negara. Malas pikir. Dok je sana terus. Buat baik salah. Tak buat baik pun salah.

Tapi saya tahu, tu kata-kata saja. Kata-kata orang yang letih sangat berjuang dengan karenah pelbagai pihak tapi cintanya pada dakwah nabi untuk tengok semua orang peluk Islam dan dapat kalimah Lailaha Illallah tu tak pernah mati.

Gambar: Ustazah Noor Laila Aniza Zakaria
Macam kita lah, rasa nak lari kan kalau dah tekanan banyak sangat. Macam nak tinggal semua.

Pada saya, daripada susuk tubuh seorang sahabat, dari dulu sampai sekarang, dia tak pernah berubah. Tetap sama. MashaAllah. Tabarakallah.

Amalan dia yang saya takkan lupa yang saya tengok di office selama empat tahun tiap-tiap hari tanpa gagal:

Rajin sangat-sangat usaha
Qailulah
Cara tidur ikut sunnah nabi
Selalu belanja kami
Senyum setiap hari
Menangis bila berdoa
Dhuha enam rakaat dan lebih
Solat berjemaah di masjid dan dah bersiap awal ke masjid tanpa gagal
Berbuat baik dengan isteri tanpa gagal
Amalan memberi hadiah buat isteri
Berbuat baik dengan mak ayah, adik-beradik dan mak ayah isteri (mertua)
Keluar dakwah
Amalan doa khusus
Nampak macam biasa-biasa. Kita pun tahu amalan tu. Tapi dia ada amalan memaafkan orang dan meminta maaf serta amalan memberi walaupun dia sendiri tak cukup.

Dan amalan ni dia buat sungguh-sungguh. Dan itu saya kira antara amalan paling mahal dia ada.

Oh ya, lupa satu doa dia, tiap kali jumpa siapa pun,

“Ya Allah berikan saya sedikit kebaikan yang ada padanya,”

Sama ada orang itu orang soleh atau kelihatan sebaliknya.

BACA:

Wanita warga China dakwa kena ‘pau’ dengan Polis, rupanya lain pula cerita sebenar

Kerana teruja jadi MB ‘tebok atap’, sanusi tak perasan nadir bumi dicuri dalam Dun Jeneri?