‘Ustaz’ dituduh peluk dan pegang kemaluan pelajar madrasah

‘Ustaz’ dituduh peluk dan pegang kemaluan pelajar madrasah

Polis menahan reman seorang lelaki berusia 32 tahun kerana disyaki mencabul dua bekas pelajar lelaki di sebuah madrasah.

Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat memaklumkan siasatan akan dijalankan di bawah seksyen 377D Kanun Keseksaan berhubung perlakuan kelucahan melampau,.

“PDRM Kelantan telah membuat tangkapan ke atas suspek tersebut untuk tindakan lanjut.

“Suspek telah ditahan reman selama tiga hari bermula 24 Dis ke 26 Dis. Siasatan akan dijalankan di bawah seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Shafien berkata tangkapan tersebut merupakan penahanan semula suspek yang telahpun didakwa di mahkamah atas tuduhan mencabul lelaki lain sebelum ini.

Dalam kes terbaru, katanya, laporan polis di terima di balai polis Kuang Selangor dan Balai Polis Bayan Lepas, IPD Balik Pulau, Pulau Pinang.

Menurut Shafien mangsa pertama melaporkan telah diarahkan oleh suspek untuk tidur bersamanya di dalam bilik di rumah mudir itu pada Mei 2018 kerana mahu menjalankan rawatan terhadap diri mangsa yang mengalami “sakit gangguan.”

Semasa di dalam bilik tersebut, suspek dituduh telah meminta mangsa membuka seluar dan seterusnya melakukan perlakuan cabul.

Sementara itu, keterangan mangsa kedua pula melaporkan kejadian berlaku pada malam November tahun 2018 di asrama madrasah berkenaan.

Suspek dituduh bertindak memeluk dan memegang kemaluan mangsa seterusnya memaksa mangsa memegang kemaluannya hingga suspek merasa puas.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/556433?