Ustaz didakwa di mahkamah kerana pukul pelajar OKU dengan penyapu

Oleh MHDAILY

Ustaz didakwa di mahkamah kerana pukul pelajar OKU dengan penyapu.Seorang guru agama di sebuah madrasah, di Telok Mas, Melaka didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Haslam Abdul Salam, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Haslam dituduh memukul bahagian badan, tangan dan kaki Muhammad Sawfi Razali, 21, menggunakan sebatang penyapu sehingga mendatangkan kecederaan.

Baca Artikel Penuh