Ustaz dedah cara ikhtiar hamil dengan minum air kelapa bakar, ini cara buatnya

Bagi pasangan suami isteri yang sedang ikhtiar untuk mendapatkan zuriat,

anda boleh cuba minum air kelapa bakar seperti perkongsian Sabbyna di laman TikToknya.

Katanya petua tersebut dikongsikan oleh salah seorang ustaz dan tidak salah untuk mencubanya.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH 👇🏻👇🏻👇🏻
SAMBUNGAN ARTIKEL 👇🏻👇🏻👇🏻

Ustaz dedah cara ikhtiar hamil dengan minum air kelapa bakar, ini cara buatnya

Walau bagaimanapun, jangan letak harapan terlalu tinggi kerana risau akan dikategorikan sebagai syirik.

KELAPA BAKAR UNTUK IKHTIAR HAMIL, BOLEH CUBA

Ustaz dedah cara ikhtiar hamil, boleh cuba minum air kelapa bakar, ini cara buatnya

Kalau nak cuba dan usaha, memang tak salah.

Bahan diperlukan:

Sebiji kelapa
Garam
Lada hitam
Serai
Cara-caranya:

1. Letakkan buah kelapa di atas dapur gas tanpa membuka api.

2. Kemudian letakkan secubit garam dan 8 hingga 10 biji lada hitam yang sudah ditumbuk kasar.

3. Letak 3 batang serai dan terus buka api. Pastikan serai tersebut dipotong panjang agar mudah untuk dikacau seperti di dalam video.

4. Masa buka api ini akan ada bunyi meletup, jangan risau. Biarkan kelapa tersebut dibakar selama 20 minit.

Selepas 20 minit, sedia untuk diminum. Suami dan isteri boleh sama-sama amalkan ya.

Ini hanyalah antara usaha yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan zuriat. Selebihnya semua sudah ditentukan oleh Allah SWT.

Kita hanya mampu merancang, Allah penentu segalanya.

VIDEO PENUH:

@sabbyna_railme Saya sharekan cara buat kelapa bakar yang diajar oleh seorg ustaz yg dh berjaya tolong wanita TTC hamil. Ini hanya ikhtiar shj..Selebihnya kita berserah kpd Allah. Moga wanita TTC diluar sana yg cuba ikhtiar ni dikurniakan zuriat suatu hari nanti.Aminn #fyp #fypシ #fypシ゚viral #foryourpage #foryourpagetiktok #ttcjourney #ikhtiarhamil #pejuanggarisdua #kelapabakariktiarhamil ♬ original sound – Sabbyna1007

Antara khasiat air kelapa bakar adalah:

1. Meningkatkan imunisasi badan

Air kelapa bakar difahamkan mampu untuk meningkatkan imunisasi badan dan melawan pelbagai jenis virus serta penyakit.

2. Memanaskan badan

Sesuai diminum ketika musim hujan kerana khasiat kelapa bakar adalah mampu memanaskan badan.

3. Mencegah dehidrasi

Khasiat kelapa bakar seterusnya adalah untuk mengelakkan tubuh daripada dehidrasi. Ini kerana air kelapa muda mengandungi elektrolit yang tinggi.

4. Menambah tenaga

Bagi menggantikan minuman bertenaga yang dijual di luar, anda boleh mencuba minum air kelapa agar kekal kuat dan bertenaga. Boleh juga tambahkan sesudu madu asli untuk rasa lebih sedap.

Semoga artikel ini memberi manfaat dan jangan putus asa.

Baca Lagi:Pengunjung dakwa hotel 4 Bintang letak air mani dalam sabun mandi?