Ustaz cabul 34 pelajar perempuan, minta pelajar ‘taat’ guru

Ustaz cabul 34 pelajar perempuan, minta pelajar ‘taat’ guru. “Kalau sama guru harus nurut (taat), tidak boleh membantah”.

Demikian ayat digunakan seorang ustaz di sebuah sekolah agama berasrama di Trenggalek yang ditahan selepas didakwa melakukan pencabulan terhadap 34 pelajar perempuan di sekolah berkenaan.

Detik melaporkan, Ketua Unit Siasatan Jenayah Trenggalek, Arief Rizky Wicaksana berkata, ayat itu digunakan suspek yang berusia 34 tahun untuk ‘menghalalkan’ perbuatan terkutuknya itu terhadap mangsa.

Ustaz

BACA JUGA : ‘Geng Amir’ aktif samun sekitar Lembah Klang akhirnya tumpas

Malah suspek turut memberitahu dia melakukan perbuatan itu kerana hubungan dengan isterinya sudah tidak harmoni.

“Perbuatan terkutuk itu dilakukan di dalam sekolah dan suspek nekad melakukannya dengan alasan hubungan bersama isteri sudah tidak harmoni.

“Suspek dan isteri merupakan guru di sekolah itu. Suspek sering pulang malam dan susek mengajak mangsa ke tempat sunyi. Dia biasanya berkata ‘kalau sama guru harus taat, tak boleh membantah’ kepada mangsa,” katanya.

BACA JUGA : MoU : Kerajaan sudah umum 5 daripada 18 perkara untuk dilaksanakan

Kes pencabulan itu terbongkar selepas seorang mangsa memberitahu ibu bapanya mengenai apa yang telah berlaku.

Ekoran itu, ibu bapa mangsa melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

“Sebelumnya ibu bapa mangsa bertanya mengenai seorang guru (ustaz) yang dibuang dari sekolah agama tersebut kepada mangsa. Mangsa kemudian menceritakan kejadian yang dialaminya,” jelas Arief.

Beliau memberitahu, suspek ditahan di Balai Polis Trenggalek dan berdepan penjara maksimum 15 tahun serta denda 5 bilion rupiah.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/ustaz-cabul-34-pelajar-perempuan-guna-ayat-kalau-sama-guru-harus-nurut-taat/