Usahawan kosmetik kena tahan polis lagi, kali ini kerana pukul anak

Oleh MHDAILY

Seorang usahawan kosmetik wanita dan suaminya ditahan polis selepas disyaki memukul anak perempuan berusia 16 tahun akibat tidak berpuas hati berkait hantaran status di aplikasi WhatsApp.

Pasangan berusia 33 tahun itu ditahan sebaik tampil menyerahkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas jam 9.40, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Nasaruddin M Nasir, berkata susulan penahanan suami isteri tersebut pihaknya merampas sebuah telefon bimbit dan sebatang kayu hoki.

Baca Artikel Penuh