Usaha tak pernah khianati hasil, dulu ‘boss’ kini usahawan berjaya, pemuda raih pendapatan 5 angka

Seorang bekas pengurus kedai telekomunikasi yang kehilangan pekerjaan pada Mac tahun lepas kini berjaya menjadi seorang petani berjaya yang mampu menjana pendapatan lima angka sebulan.

Mohd Saifullah Che Mat, 28 tahun, juga merupakan seorang siswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Beliau mengatakan bahawa dia terpaksa meninggalkan kerjaya sebagai pengurus apabila kedai telekomunikasi tidak dapat beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Usaha tak pernah khianati hasil, dulu 'boss' kini usahawan berjaya, pemuda raih pendapatan 5 angka

Bagaimanapun, Mohd Saifullah tidak terus merasa putus asa. Beliau beralih arah ke bidang pertanian dengan menanam 800 pokok lada solok di atas tanah milik bapanya, Che Mat Hussin, 72 tahun, dengan modal sebanyak RM4,000.

Beliau mengalami kegagalan pertama apabila kesemua tanaman lada solok rosak disebabkan kurangnya pengetahuan dalam bidang pertanian. Namun, hal ini tidak memadamkan semangatnya. Mohd Saifullah kemudian mencari bimbingan daripada kenalan yang mahir dalam bidang pertanian dan memperoleh pengetahuan tambahan melalui platform seperti YouTube.

Baca Artikel Penuh