UPKO dedah 9 cadangan kepada Agong, antaranya tamatkan darurat dan tolak Mageran

Oleh MHDAILY

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) meminta supaya Proklamasi Darurat ditamatkan segera lantaran dilihat tidak memberi nilai tambah kepada pengurusan kerajaan.

Hasrat itu disampaikan Presidennya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, secara maya pada Isnin.

Menurutnya, Proklamasi Darurat tidak memberikan nilai tambah kepada usaha membendung pandemik COVID-19, malah terbukti gagal sepenuhnya apabila kes melonjak naik berbanding pada awal pelaksanaan darurat.

SCROLL UNTUK ARTIKEL PENUH πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
SAMBUNGAN ARTIKEL πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»

“Ini bererti bahawa pelaksanaan darurat telah gagal untuk menangani COVID-19 kerana tidak ada beza sama ada wujud darurat atau tidak untuk mengani COVID-19 ini.

“Darurat tidak memberi nilai tambah kepada usaha kerajaan untuk tangani COVID-19. Oleh sebab itu, UPKO meminta supaya darurat ini ditamatkan dengan segera,” katanya dalam sidang media selepas sesi menghadap Al-Sultan Abdullah.

Selain itu, parti itu juga menolak penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), seperti yang dicadangkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini kerana MAGERAN ini tidak melibatklan rakyat dan Parlimen, sebaliknya, MAGERAN hanya bergantung kepada kebijaksaan ahli-ahli dalam majlis itu.

“Dengan kata lain, ahli majlis itu hendaklah seolah-olah macam malaikat… maknanya mereka tidak mampu membuat kesilapan, kerana apabila satu kesilapan, rakyat akan memberontak,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau khuatir sekiranya kesilapan berlaku oleh pentadbiran MAGERAN, ia akan turut menjejaskan nama dan imej Yang di-Pertuan Agong.

Dua perkara tersebut menjadi antara sembilan perkara yang disembah maklum pada sesi menghadap yang bermula 2.15 petang tadi dan berkahir 20 minit kemudian.

Berikut sembilan perkara yang disembah maklum oleh UPKO:

Darurat perlu ditamatkan dengan segera

Parlimen perlu dibuka semula dan kembali bersidang

Tubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang mencukupi

Wujudkan kestabilan politik melalui Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA)

Tolak cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

Segerakan inisiatif vaksinasi dan dilakukan secara inklusif

Utamakan bantuan kepada rakyat diperkemas dan disegerakan

Pemberian peranti komputer riba dipercepat dan capaian jalur lebar diperluas

Penyelarasan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan secara menyeluruh

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/9-cadangan-kepada-agong-segera-tamatkan-darurat-tolak-mageran-upko-303119